Ayat al-Quran yang tersurat dan tersirat perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian bagi menzahirkan ketaatan serta kepatuhan umat Islam kepada Yang Maha Pencipta.
Adalah mustahil jika Islam hanyalah sekadar agama rasmi, Yang di -Pertuan Agong dikehendaki berikrar mempertahankannya pada setiap masa. Malah segala urusan kerajaan juga tertera di sampul surat kerajaan perkataan ‘Urusan Seri Paduka Baginda’.
Persoalan sekarang, apakah Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi al-Quran? Saya percaya ramai tahu bahawa Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.
Perkara 3 memperuntukkan Islam agama bagi Persekutuan.
Oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, sebarang perkara yang tidak selari dengan agama bagi Persekutuan itu hendaklah dianggap tidak berpelembagaan dan melanggar perlembagaan itu sendiri.
Perlembagaan Persekutuan menegaskan Islam agama bagi Persekutuan bukan agama rasmi Persekutuan.
Dalam hal demikian, Islam tidak hanya boleh diprak-tikkan dalam majlis rasmi saja tetapi wajib diterjemahkan dalam kehidupan seharian sama ada bersifat rasmi ataupun sebaliknya.
Ketinggian agama Islam dikukuhkan lagi dengan jadual keempat Perlembagaan Persekutuan iaitu sumpah Yang di-Pertuan Agong ketika menaiki takhta. Yang Di Pertuan Agong bersumpah dengan lafaz “wallahi wabillahi wa tallahi” dan kandungan sumpah antara lain, Yang Di Pertuan Agong akan mempertahankan Islam pada setiap masa.
Untuk melihat teks asal sila layari :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Al-QuransumberperundangandiiktirafPerlembagaanPersekutuan/Article
Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
No comments:
Post a Comment