Pages

Saturday, August 21, 2010

Tarbiah Ramadhan

SETIAP kali Ramadan, masjid di seluruh dunia bertukar suasana. Meriah dan penuh dengan acara. Selain majlis berbuka puasa dan solat tarawih, masjid juga menjadi kunjungan untuk bertadarus al-Quran, tazkirah dan qiamulail. Ada juga masjid yang memainkan peranan sebagai pusat kegiatan masyarakat sepanjang Ramadan, daripada penyediaan juadah berbuka puasa sehinggalah program ziarah pesakit di hospital.

Memang masjid mempunyai peranan penting dalam sejarah Islam. Sebelum tiba di Madinah, dalam rangka hijrah, Rasulullah SAW telah mendirikan Masjid Quba. Semua pusat pendidikan, perdagangan dan pentadbiran sepanjang sejarah Islam berligar di sekitar masjid. Barangkali tidak salah untuk merumuskan bahawa institusi masjid mencetuskan perkembangan peradaban Islam.

Seluruh umat Islam khususnya golongan pelajar dan pendidik perlu memurnikan niat, meningkatkan komitmen dan penghayatan ilmu.  

Makna penghayatan ilmu bukan sekadar memencil diri membaca, menekuni, memahami dan meluahkan kembali mantra ilmu di atas kertas untuk memenuhi tuntutan mendapatkan segulung ijazah. Bagi umat Islam, penghayatan ilmu bermakna berusaha memaju dan merealisasikan ilmu dalam konteks amalan, pekerjaan, perniagaan, pentadbiran dan pembangunan ummah. 

Teks Penuh :  
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mengembalikankegemilanganmasjidsebagaipusatpenyebaranilmu/Article

No comments:

Post a Comment