Pages

Tuesday, September 7, 2010

Bangga Dengan Keunikan Sambutan Merdeka Ke-53 Namun Pemikiran Masih Dijajah!





Apalah yang ingin dibanggakan dengan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini jika hanya sekadar menjanjikan keunikan dalam persembahan berbanding tahun-tahun sebelumnya, sedangkan faktanya, umat Islam di Malaysia terutama para pemimpinnya masih lagi dijajah oleh pemikiran sekular peninggalan British. Hakikat yang tidak boleh ditutup dengan kain selebar bumi mahupun seluas langit adalah bahawa sistem pemerintahan dan kehidupan kita hari ini adalah merupakan sistem yang utuh menerapkan dan melaksanakan perlembagaan kufur pemberian Suruhanjaya Lord Reid.

Namun apa yang menyedihkan kita pada hari ini ialah, seperti tahun-tahun yang sebelumnya para pemimpin sekular negara akan terus memalu gendang dan canang mereka dengan mewarwarkan kehebatan dan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia setelah merdeka dengan pelbagai tema namun hakikatnya Malaysia, seperti juga negeri-negeri umat Islam yang lain masih terus dibelenggu dengan kehidupan bermasyarakat dan bernegara yang mengikuti acuan yang ditinggalkan oleh penjajah yang pernah menjajah mereka. Inilah hakikat sebenarnya “kemerdekaan” yang dibangga-banggakan oleh para pemimpin yang berkuasa saat ini.  Tidakkah terlintas di dalam pemikiran mereka bahawa selama 53 tahun “kemerdekaan” dilaungkan, hakikat ‘merdeka’ hanyalah  agaikan fatamorgana di tengah-tengah padang pasir yang panas. Kita ‘merdeka’ di bawah belenggu penjajahan!! .Sesungguhnya, kemerdekaan yang hakiki adalah apabila manusia itu menjadi hamba Allah yang sejati - hambaNya yang tunduk dan patuh kepada seluruh sistem dan peraturan yang diturunkan oleh Penciptanya, Allah SWT dalam seluruh aspek kehidupan mereka.
selanjutnya :
http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/2335-bangga-dengan-keunikan-sambutan-merdeka-ke-53-namun-pemikiran-masih-dijajah

1 comment:

  1. Lihat Apakah penilian masyarakat luar terhadap kita malaysia .

    ReplyDelete