Pages

Sunday, September 26, 2010

Berpeganglah Kamu Dengan Tali Allah .

Fatah-Hamas berdamai akhiri perang saudara


PENDUDUK bergembira ketika meraikan pertemuan Fatah dan Hamas yang diharap menamatkan ketegangan.


RAMALLAH - Dua kumpulan bertelagah Palestin, Fatah yang mentadbir Tebing Barat dan seterunya, Hamas yang menguasai Gaza duduk semeja di ibu negara Syria, Damsyik kelmarin dalam satu pertemuan amat bersejarah.
Seorang anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, Azzam Al-Ahmad berkata, mereka bertemu pemimpin politik Hamas dalam buangan di Syria, Khaled Meshaal selepas perjumpaan pertama di Arab Saudi dengan bantuan Mesir.
"Hubungan kami dengan Hamas tidak pernah putus," katanya merujuk kepada beberapa pertemuan secara rahsia di Lebanon, Gaza dan Tebing Barat dalam usaha mengakhiri perang saudara Palestin sejak pilihan raya 2006 lalu.

Maksud Firman Allah : " Berpeganglah kami dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai yang mengakibatkan kamu menjadi lemah "

1 comment:

  1. Tali Allah dimaksudkan itu ialah Alquran , Sunnah dan Sirah Rasul dan para sahabatnya . Kita orang-orang islam mestilah bersatu dan berpayung dibawah naungan itu . Naungan dibawah payung lain sudah pun dijelaskan oleh Allah dan Rasulnya yang mengakibatkan perpecahan .
    Ingatlah Allah menjelaskan didalam kitabNya bahawa manusia pasti tidak boleh bersatu dibawah naungan lain selain naunganNya .
    fenomen ini sangat kelihatan perpecahan yang melanda umat islam sedunia .

    http://koleksi-nasihat.yolasite.com/koleksi-nasihat/orang-buta-dengan-gajah

    ReplyDelete