Pages

Wednesday, October 20, 2010

Lebih baik berdoa di tempat mustajab

Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah meminta jemaah menggunakan kesempatan berada di tanah suci sebaik-baiknya dengan menumpu kepada amalan-amalan bagi mencapai kesempurnaan ibadah.

“Analisis dan maklum balas yang diterima musim lalu mendapati ada jemaah, terutama golongan tua, masih melakukan perbuatan bidaah seperti mengambil batu di Mina dengan kepercayaan untuk murah rezeki.
“Saya harap perbuatan khurafat dan bidaah seperti ini dihentikan".

“Kita mendoakan semoga jemaah-jemaah yang mendapat haji mabrur apabila pulang nanti akan terus mengamalkan ciri-ciri orang solehah,” katanya. - Bernama:

4 comments:

  1. Kerja-kerja soleh mesti dilakukan setiap masa dan waktu didalam kehidupan . Bukan sekadar diMekah saja .

    ReplyDelete
  2. Bakal haji yang akan berangkat ke tanah suci Makkah perlu melangsaikan beberapa perkara penting sebelum berangkat ke sana bagi memastikan ibadat dapat berjalan lancar.
    http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story8303424.asp

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata, selain itu tiga perkara paling penting yang menjadi asas ketika mengerjakan ibadat haji dan sepanjang berada di tanah haram ialah tidak bercakap mengenai perempuan, tidak melakukan perkara tidak baik dan jangan membantah.

    Katanya, golongan lelaki sering kali terleka dan bercakap mengenai wanita dan ia dilarang walau dalam apa juga aspek sekalipun.

    “Sepanjang berada di Makkah, mereka dilarang bercakap mengenai golongan wanita atau melakukan perkara berkaitan untuk mengelakkan ibadah terjejas.

    “Mereka perlu menjauhi segala perbuatan tidak baik seperti mencuri dan sebagainya. Manakala perkara ketiga iaitu membantah ialah berkaitan perihal menjaga percakapan dan mulut. Kawal segala percakapan agar tidak menjejaskan emosi orang lain dan sebagainya,” katanya.
    http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story8303424.asp

    ReplyDelete
  4. Mencuri , bercakap kotor dan pelbagai perbuatan maksiat dilakukan bukan hanya ketika mengerjakan haji sahaja .

    " Sesungguhnya hidup dan mati ku adalah lillahitaala "

    ReplyDelete