Pages

Saturday, December 11, 2010

Pesanan dari Cat Steven memberikan kesan yang tersendiri kepada saya

Cat Steaven Bersalaman Dengan Penuntut UIA

Pesanan dari orang yang beramal membawa kesan
Seorang  pelajar pusat pengajian itu yang ditemui, Rohana Abdul Kadir berkata, di dalam tazkirahnya itu, Cat Steven turut mengingatkan orang ramai, terutama golongan muda dan para pelajar agar sentiasa menitikberatkan soal akhlak Islam dalam hidup, di samping mendidik nafsu dengan baik agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.
"Walaupun pesanan seperti itu sudah sering kali didengar oleh saya sama ada daripada ibu bapa saya sendiri dan pendakwah-pendakwah lain sebelum itu, tetapi pesanan dari Cat Steven memberikan kesan yang tersendiri kepada saya," katanya. harakah daily

5 comments:

  1. perubahan penyanyi Cat Steven itu sendiri daripada bukan Islam kepada Islam dan kini menjadi pendakwah yang disegani ramai itu pun dah boleh menjadi titik renungan penting kepada orang yang berakal.

    "Kenapa beliau memeluk Islam dan kini sanggup menjadi pendakwah dengan meninggalkan sepenuhnya imejnya yang lalu, sedangkan beliau sudah berada di mercu kejayaan dalam bidangnya dan mempunyai jutaan peminat? Itu pun sudah cukup untuk menjawab bahawa jika menolak Islam, tanpa keimanan dan ketakwaan, seseorang itu tidak akan ke mana, tidak sempurna dan tidak akan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya dalam kehidupan di dunia ini, apatah lagi di akhirat.

    "Jadi untuk hidup sempurna, tenteram, bahagia dalam erti kata yang sebenarnya di dunia dan akhirat, manusia perlu berubah daripada kafir kepada Islam, daripada kufur dan fasik kepada ahli ibadat. Dengan itu, barulah kelihatan hasilnya seperti yang berlaku dalam kehidupan Cat Steven itu sendiri sehingga menjadi manusia yang dihormati orang ramai, ekoran kehidupannya yang diberkati Allah,"

    ReplyDelete
  2. DiMalaysia orang diberi gelaran sebagai ulama atau mufti pun tiada orang berminat mendengar nasihat mereka .

    ReplyDelete
  3. Sebaik selesai menyampaikan tazkirahnya, Cat Steven terus dikerumuni orang ramai terutama para pelajar di pusat pengajian itu yang melibatkan semua bangsa untuk bersalaman dengannya.

    ReplyDelete
  4. " semua bangsa untuk bersalaman dengannya. " . Penjawat Ulama dan Penjawat Mufti diMalaysia sepatutnya malu dengan dengan berita ini .
    DiMalaysia kerajaan telah berbelanja berjuta untuk menyatupadu pelbagai bangsan diatas slogan 1Malaysia juga tidak mendapat sambutan seperti ini .
    Ini menunjukkan " Kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah " sahaja yang berjaya menyatukan manusia .

    ReplyDelete
  5. Ada banyak perbezaan diantara kalimah " 1 Malaysia " dengan " The is no God but Allah "

    ReplyDelete