Pages

Showing posts with label Taribiah. Show all posts
Showing posts with label Taribiah. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Bagaimana Orang bukan Islam 'membaca' Perangai Penganut Islam - Li Fook Gau

Pemimpin-pemimpin masyarakat Islam harus faham bahawa orang bukan Islam tidak akan menerima Islam dengan membaca  al-Quran, sebaliknya mereka akan menerima Islam sekiranya mereka ditunjukkan contoh-contoh kemuliaan agama Islam melalui perangai, pertuturan dan perwatakan penganut-penganut agama Islam di sekeliling mereka. harakah daily

Wednesday, November 3, 2010

Bahaya Kedosaan Dan Baiknya Kebajikan

Ikat dirimu pada tali Allah SWT




Kebaikan itu merupakan mata rantai kepada kebaikan yang lain...

Kejahatan juga merupakan mata rantai kepada kejahatan yang lain...

Riya', berbuat kerana sesuatu selain daripada Allah SWT merupakan mata rantai yang akan menarik kepada U'jub, iaitu berbangga dengan diri sendiri. U'jub akan membawa kepada takabbur, membesar-besarkan diri sendiri. Takabbur akan membawa kepada sombong. Sombong akan membawa kepada rasa tidak perlu lagi bekerja seperti orang lain kerana dirinya istimewa. Mulai bermalas-malasan akan membawa kepada futur. Futur akan membawa kepada fasiq, mulai membuat dosa-dosa. Dan fasiq akan membawa kepada munafiq...

Begitu contoh mata rantai kejahatan... bermula dari suatu yang langsung tidak dapat dilihat, sangat halus dan kecil, akhirnya membawa kepada suatu yang besar dan merosakkan... seterusnya