Pages

Thursday, October 7, 2010

Martabat kesenian Islam - sinar harian

KAMPUNG JENUB – Nilai dan budaya Islam semakin pudar dalam diri masyarakat kini terutama golongan muda, menyedari hakikat ini, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengambil inisiatif dengan melancarkan Festival Kesenian Islam, di Pusat Dakwah Jeli, kelmarin.
Safinie Ismail berkata, tujuan utama festival ini adalah untuk mengekalkan dan menghidupkan kembali kesenian Islam terutama acara marhaban dan berzanji.
“Amalan ini makin luput, jika ada ia cuma di kampung-kampung dan dianggotai golongan berumur.
“Jadi dengan adanya festival ini, saya mahu menarik golongan muda bersama meneruskan amalan ini,” katanya.
Menurutnya, Kemas sentiasa berusaha melahirkan kumpulan marhaban dan berzanji dalam kalangan belia.
“Festival ini memberikan pendedahan dan pelbagai faedah kepada belia muda kini terutama dalam memupuk minat mereka meneruskan gaya hidup Islam,”katanya.
Festival ini diadakan dua tahun sekali dan merupakan kali keenam anjurannya.
Antara pertandingan sepanjang festival ini ialah pidato kategori lelaki dan wanita, tilawah al-Quran, nasyid dan marhaban.
Pemenang untuk setiap kategori akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan tahun hadapan.

1 comment:

  1. Dengan kenyataan ini bolehlah kita menilai kefahaman Islam yang ada sesetengan pemimpin didalam masyarakat kita :
    Berzanji , marhaban , itu dikatakan gaya hidup islam .
    Jangan buang masa mengadakan program semacam itu , adakan progran tazkiah , tazkirah , bentuk keperibadian Islam , akhlaq islam ,

    ReplyDelete